Entah sampai bila dia sudi memanjakan setiap perangai manja mengada gadis. Entah sampai bila dia perlukan gadis untuk terus meneruskan hembusan nafas kehidupan dia. Entah sampai bila hidupnya diberikan untuk gadis. Entah sampai bila gadis menjadi bulan, bintang dan matahari untuknya.
Tolong jawab sampai bila bila. Kerana gadis lumpuh bila tiadanya dia.
Kadang kadang rasa terlalu pentingkan diri sendiri apabila mengharap dia cuma mahukan gadis. Tapi entahlah. Hendak dibuat macam mana gadis pun tak tahu. Apa yang gadis rasa ni memang dirasa bukan disengajakan.
Tuhan, tolong pinjamkan dia sehingga hembusan nafas gadis yang terakhir. Supaya gadis boleh pergi dengan melihat dia ; hero yang gadis cinta sampai ke tua.
Jauh dalam hati gadis, sedikit lega dia juga takut kehilangan gadis. Bermakna dia tidak akan tinggalkan gadis lagi, sampai bila bila dia akan bersama gadis. Selamanya dia akan di sisi gadis untuk menguatkan, memanjakan, mecintai, menyayangi, merindui bahkan kutuk gadis semahunya.
Dia adalah anugerah terindah yang gadis impikan.

orang kata setia itu mahal
bukan setakat mahal
bahkan tak ternilai
jadi gadis mahu
setia itu datang
dari hero gadis.
No comments:
Post a Comment