Sunday, December 20, 2015

Siap siap malam ini

Malam ini,
Malam pertama dia biarkan gadis tidur sendiri,
Tanpa mahu temankan gadis.

Malam ini,
Malam pertama dia biarkan gadis bergolak dengan perasaan sendiri,
Tanpa usaha memujuk gadis.

Malam ini,
Malam pertama dia biarkan gadis sendirian membuat keputusan,
Tanpa tahu gadis buntu.

Malam ini,
Gadis rasa sendiri.
Sekali lagi.

Benarlah yang paling penting itu cuma gadis sendiri.
Akhirnya yang paling setia menemani gadis cuma suara senyap.

Benarlah.
Tak dinafikan lagi.

Siap siap gadis,
Mungkin kau gadis untuk dibiar sendiri.

Siap siap gadis,
Biar nanti tak tumpah lagi air mata di pipi.

No comments:

Post a Comment